Oleh kerana admin besar tak ada, gua berkuasa sikit. keh3
Even gua berkuasa, tapi gua berpuasa. (baca : show off)
Hari ini dah masuk hari kedua puasa, dan alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur. Lau tidak, gua takkan menulis di sini, dan lu takkan baca entri ni. Yes! Syukur.
Lagi satu, takdir yang baca lu datang sini. Kalau tidak mesti lu tak sampai sini. So, syukur. *sengih sinis*
Puasa. Wajib di bulan Ramadhan. Rukun Islam ke 3.
Tapi..
Berapa ramai yang benar-benar memahami maksud sebenar erti puasa itu?
Kebanyakan orang, puasa ini hanya setakat tahan lapar dan dahaga, ye dak? Oh my, you're so wrong dear. Very wrong indeed, it's absolutely not just that.
Dah dah, taknak speaking. Kang ada yang kondem gua, MUET belum amik nak speaking pulak, dapat sepaking baru tahu. Grrr..
Puasa, ramai yang cuma dapat sekadar lapar dan dahaga. Puasa kering orang kata ( baca : gua kata)
Kenapa?
Sebab masa puasa lu orang semua masih buat benda yang menghilangkan keberkatan bulan Ramadhan (terasa). Contoh?
Mengumpat, pandang atas pandang bawah, jadi buah nangka, tunjuk Bukit Lembah Beringin, merokok dan macam-macam lagi perkara negatif yang lu orang biasa buat dan tak payah gua nak kasi sengat sangat.
11 bulan syaitan (baca : setan) berusaha menggoda dan menyesatkan kita, hanya sebulan dia tak ada bersama. Well, sudah pasti susah untuk meninggalkan semua itu. Yes! Memang susah. Gua sendiri akui.
Gua sendiri bukan alim ulama, ustaz instant (mungkin). Tapi gua tahu beza baik dan buruk, apa yang perlu buat dan apa yang perlu tinggal.
Paling kurang, lu orang berubah masa bulan Ramadhan ni. Gua bukan nak kata lu hipokrit, tapi at least, menghormati bulan Ramadhan. Lepas tu lu nak jadi macam biasa balik pon boleh, gua tak kisah.
Kubur lain-lain, tapi gua dah ingatkan. Tapi istiqamah itu lebih bagus. Tak salah berubah ke arah kebaikan. Disukai lagi la.
Lagi pon, lau lu bimbang orang duk kritik lu hipokrit bila bulan puasa lu baru nak insaf ke hape, lu jangan risau. Lu ada gua jadi backup lu. Lu cakap sama diorang camni,
"At least gua ada inisiatif untuk berubah, lu ado?"
Pergh! Konpem gua rase diorang pasti terdiam paling kurang, paling teruk balik rumah nangis ngadu kat mak, keh3
Apa-apa pon, gua gembira tengok ramai member yang dah makin berubah sempena bulan Ramadhan al-
Teruskan usaha, gua sokong lu bhai. Gua ado pangkat Sarjan, bukan sembarangan sarjan ni.
Gua Sergeant Keroro ( ok, promo kejap)
Dah dah, sebelum gua melalut lagi, baik gua berhenti.
Selamat berpuasa, ciaossu!!