Media SoSial

Hallo anydoby, anyone here??

Oleh kerana gua budak baru kat sini, gua gian nak menulis. Tapi beware, ini blog bukan blog biasa, ini luar biasa punya! keh3

Gua dah lama tensen dengan media so-sial ni. Oh my, jangan serang dulu. Baca apa gua nak cakap.

Korang perasan tak media so-sial ni banyak tipu helah. Oh my, macam-macam lah. Cerita yang kecik dihebah hebohkan, last-last hancus semua plan orang.

Kes terbaru, Apek @ Khairul Fahmi Che Mat. Gua heran, ramai sangat yang sebar gosip liar pasal ada orang ketiga dalam hubungan dia dengan Elia Si Jejari Runcing.

Now what, diorang dah putus tunang. Ehem ehem, mana-mana boleh masuk line ye, Apek single tu. Woot woot.

Disebabkan satu pergaduhan kecik, satu Malaysia dah tahu. Last-last, apa pon tak boleh. Putus camtu, itu baru dugaan yang sedikit.

Sebab apa boleh jadi camtu?

Sebab media so-sial seperti FB, Twitter dan sebagainya. Oh my, gua tak cakap ini salah benda tu wujud. Banyak bagusnya, tapi banyak jugak tak bagusnya. Apa yang tak bagus? Salah guna.

Yes, salah guna. Gua pasti korang selalu duk mengadu dekat FB ke, Twitter ke kalau lu orang ada masalah.

"benci lah, hati aku sakit tengok dia dengan orang lain"

"aku sedih, dia curang"

"aku nak mati, aku tak boleh hidup tanpa dia"

"baby, bie rindu kat baby. sampai hati baby tinggalkan bie"

Kemon ( baca : come on) guys! FB bukan tuhan tempat ko nak mengadu. Sebab ko silap guna teknologi, media sosial dah jadi media so-sial. Yes!

Lu lupa pada Yang Satu, lu masa senang sibuk tinggal Dia, masa sedih baru lu nak cari Dia?

"Ya Allah, aku sedih bf aku curang.Kenapa ini terjadi?"

Oh my, masa ni tahu nak mengadu ye? Masa senang, ada tak terdetik,

"Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau telah memberikan aku seorang lelaki yang baik"

Mostly (tak semua tau, kebanyakan) memang tak terdetik. Apa yang korang fikir,

"Bahagia nya aku dapat lelaki camni. Dah la hensem, sweet, romantik gitu"

Pffffttt, lelaki yang tak hensem tapi romantik macam aku camne lak? Ehem ehem, i'm taken okai. *sengih*

Dah dah, gua dah melalut ni. Back to the topic please!

Media so-sial ni, bagi gua memang bagus, kalau tak disalahgunakan.

Apa pendapat lu orang?

p/s : gua budak baru menulis, kalau salah tolong tegur. keh3

Awek Dulu vs Awek Sekarang




Lu orang setuju tak awek sekarang lagi demanding dari awek dulu??

Oh ye, gua budak baru kat sini. Selamat berkenalan, keh3

p/s : lu kenal kan gua sapa?

Puasa?

Setelah sekian lama apek diamkan diri,kali ni apek mahu ucapkan selamat berpuasa kepada semua.

Apek pun puasa maaa...tapi sengat tetap sengat kan?

Tapi lagi,ada batas.

Sekian.

ApekMelayu kembali menyengat.