Bencinta

Tak salah lu nak benci orang tu dan tak salah lu nak cinta orang tu.Tapi disebabkan manusia ni ada perasaan sedih dan terasa,kita selalu cepat mengalah dengan ejekan orang.Macam gua jugak selalu kena ejek rambut besar,padahal memang trend gua macam tu,tapi gua sekadar masuk telinga kanan 5minit,lepas tu keluar.Bukan Touch&Go.

Bila ada yang membenci kita,kita rasa macam dunia ni nak runtuh,macam ada sesuatu beban kat leher ni.Tapi itu semua sekejap je,tak lama.Orang nak benci lama wat ape,dia pun akan lupa dengan kebenciannya pada kita.Macam kes Daudsu,tak lama tu,kejap je orang cite pasal dia sumbat gol sendiri.Seminggu dua senyap la.

Seorang yang benci lu,makin bertambah haters lu.Kan?Ini disebabkan oleh nila yang setitik yang dapat merosakkan susu satu belanga.Seorang haters memulakan gosip untuk menghancurkan hidup orang lain.Mula meracun seorang demi seorang.Tetapi dia tidak sedar bahawa rakan-rakannya tersebut mula memandang serong pada sikapnya.

Dia juga tak sedar yang orang yang dia benci itu kemudiannya hanya sekadar tersenyum dengan laungan salakan anjing wolf wolf nya itu.Salakan yang sekadar boleh didengari sejauh 500meter saja.Tak boleh pergi jauh.

So kepada yang dibenci,kuatkan semangat lu dan jangan peduli dengan laungan anjing tersebut.Lu tahu kan,kalau dia benci lu sepuluh kali,gua sayang lu sepuluh ratus ribu kali billion.Bukan cintaku seratus percent.Dan gua juga boleh meracun orang lain supaya mencintai anda.Kan?So,usah pedulikan kata mereka.

p/s:Ok sory gua terpaksa berlagak skema dengan ayat-ayat di atas.Haram J.

Tipu

Aku rasa drama-drama melayu kat televisyen itu semuanya tipu dan takde yang betul pun.Contoh,kalau dalam drama cerita pasal budak-budak universiti,ada yang pakai lawa gile babi seksi nak mati.Tapi hakikatnya,tak penah pun aku nampak kat universiti aku,mungkin IPTS je kot?

Lagi,cerita pasal mak tiri yang kuat buli anak tiri.Aku rasa mak mak tiri yang aku jumpa kat alam semesta ni tak penah pun macam tu.Bak kata Daim,orang yang selalu buli orang yang lemah,dulu kat rumah selalu kena buli.Adakah mak tiri dulu kena buli dengan suami lama?Suami hardcore sangat/

Lagi,pasal romantik gila babi seorang mamat tu dalam drama.Aku rasa tak dela wujud seperfect macam tu.Mungkin sikit-sikit boleh la.Kan?Macam fenomena SethTan.

Kau tak rasa macam tu?

Isi Hati Si Penjenayah

Aku jugak pernah merasa isi hati penjenayah,tetapi ia sekadar di dalam mimpi.Ok ini merupakan sambungan entry lepas.Entry yang menceritakan kenapa si penjenayah membunuh kesemua ahli keluarga mereka.Oh haritu aku ada mimpi.Satu mimpi yang membuatkan aku stress,bukan aku stress tapi sekadar stress dalam mimpi.Apa yang kau nak tapi tak dapat,walhal itu hak kau.

Mimpi bermula apabila aku membawa kereta berjalan-jalan,tiba-tiba aku bertemu abang aku di tepi jalan.Aku tumpangkan dia balik ke rumah.Sebelum ke rumah,kami pergi ke rumah membe dia,sesampai di sana.Dia tidak semena-mena ambil kuci kereta.Pastu marah-marah aku,dan membe-membe dia semua mengejek aku.Aku terdesak nak balik,merayu-rayu mintak kunci tapi tidak diendahkan.

Dan ada sampai satu tahap aku merayu kat bapak aku suruh ambil kunci dari abang aku,bapak aku tidak hiraukan aku,juga berlaku pada mak aku.

Dan ada lagi satu tahap,bila aku mintak kunci dari abang aku,tiba-tiba dia tunjuk pisau dekat aku,sambil mengasah-asah.
Masa mimpi itu,aku berasa sungguh stress.Aku dapat rasa,mungkin penjenayah yang membunuh ahli keluarga mereka tertekan.Dan apabila abang atau mana-mana ahli keluarga si penjenayah mengacukan pisau,terdetik di hati mahu membunuh mereka semua.Yela,orang dah stress,macam-macam boleh jadi.Fikiran sudah tidak waras kerana tertekan dengan situasi.

Tertekan yang amat sangat,ada faham?Kalau yang biasa-biasa mungkin boleh waras lagi kan?Mungkin begitu perasaan penjenayah tersebut.

So,itulah apa yang aku mimpikan.Ia seperti berlaku benar.Dan setelah bangun,aku mengucap panjang.Risau.

Mungkin ini akibat tido lepas Asar.Tertido.Maaf.

Tskk!


Kenapa Ini Semua Terjadi..ZZZ

Whatadaymare! Baru aku tahu bagaimana perasaan penjenayah yang membunuh kesemua ahli keluarga dia.