Aku jugak pernah merasa isi hati penjenayah,tetapi ia sekadar di dalam mimpi.Ok ini merupakan sambungan entry lepas.Entry yang menceritakan kenapa si penjenayah membunuh kesemua ahli keluarga mereka.Oh haritu aku ada mimpi.Satu mimpi yang membuatkan aku stress,bukan aku stress tapi sekadar stress dalam mimpi.Apa yang kau nak tapi tak dapat,walhal itu hak kau.
Mimpi bermula apabila aku membawa kereta berjalan-jalan,tiba-tiba aku bertemu abang aku di tepi jalan.Aku tumpangkan dia balik ke rumah.Sebelum ke rumah,kami pergi ke rumah membe dia,sesampai di sana.Dia tidak semena-mena ambil kuci kereta.Pastu marah-marah aku,dan membe-membe dia semua mengejek aku.Aku terdesak nak balik,merayu-rayu mintak kunci tapi tidak diendahkan.
Dan ada sampai satu tahap aku merayu kat bapak aku suruh ambil kunci dari abang aku,bapak aku tidak hiraukan aku,juga berlaku pada mak aku.
Dan ada lagi satu tahap,bila aku mintak kunci dari abang aku,tiba-tiba dia tunjuk pisau dekat aku,sambil mengasah-asah.
Masa mimpi itu,aku berasa sungguh stress.Aku dapat rasa,mungkin penjenayah yang membunuh ahli keluarga mereka tertekan.Dan apabila abang atau mana-mana ahli keluarga si penjenayah mengacukan pisau,terdetik di hati mahu membunuh mereka semua.Yela,orang dah stress,macam-macam boleh jadi.Fikiran sudah tidak waras kerana tertekan dengan situasi.
Tertekan yang amat sangat,ada faham?Kalau yang biasa-biasa mungkin boleh waras lagi kan?Mungkin begitu perasaan penjenayah tersebut.
So,itulah apa yang aku mimpikan.Ia seperti berlaku benar.Dan setelah bangun,aku mengucap panjang.Risau.
Mungkin ini akibat tido lepas Asar.Tertido.Maaf.
Tskk!
0 komen:
Post a Comment