Dunia Perempuan Yang Kejam

Holla amoi melayu sekalian. Apek melayu sila tegur diri sendiri. #sarcasm

Apa khabar semua? Rindukan penulisan gua disini? Gua sendiri pon rindu nak menulis di sini, tapi apakan daya, isu-isu yang hangat tak ada sangat yang gua nak sentuh. HAHA

Berbalik pada tajuk gua.

Lu orang setuju ke tak? Gua tak kisah lelaki ke perempuan nak jawab, tapi yang pasti, gua nak lu orang semua setuju dengan pendapat gua. Lau tak, gua merajuk lambat update lagi kat sini dan sana. #senyumsinis

Gua sebenarnya taknak cakap banyak, sebab majoriti kaum perempuan sendiri yang mengakui dunia mereka amatlah kejam. Persoalannya,

KENAPA?

Meh gua bagi satu contoh. Perempuan ni, suka tikam belakang. Ni bukan gua cakap, tapi kawan gua yang cakap. Kat depan punya la main baik, tapi belakang member tu, dia la yang asyik-asyik duk kutuk kawan tu.

Gua tak cakap semua perempuan camtu, tapi kebanyakkan jela. Banyak mana tu tak tahu la, gua tak ada statistik perempuan seluruh dunia ni. Statistik kat Malaysia pon takde, wakaka.

Tu baru satu contoh gua. Yang lain gua nak save untuk blog satu lagi. Ekeke.

Lu orang punya pendapat?

ciaossu!

Blogger Sebenarnya Hipokrit

Sejak dari awal lagi,aku dah nampak apa yang berlaku dalam dunia blogger.Pertelingkahan,persahabatan, berpasangan,dan bermacam macam lagi hal.

Dan kepada yang baru masuk alam blogger,aku rasa baik kau berhati-hati bila masuk dunia blog ni.Kenapa?
Manusia ada bermacam-macam jenis,kita tak tahu apa jenis manusia kita akan hadapi kat dalam dunia blog ni.

Dan aku rasa,blogger blogger semua adalah seorang yang hipokrit.Termasuk aku.Kenapa lagi?Sebab berpura-pura.

Berpura-pura,hanya sekadar berpura-pura baik di depan,tapi di belakang benci sampai nak mati.Aku bagi example sikit la supaya korang senang nak faham.Blog ni bukan susah sangat nak faham kan?Kacang.

Si A ni kononnya,sangat benci dengan blog si B ni,katanya blog si B ni takde kontent langsung,entah apa-apa cerita yang diceritakan.Macam sampah katanya,bukan aku kata.Ibarat membuang masa.

Bila ada gathering,atau perjumpaan antara blogger,kononnya lepak-lepak.Si A ni mungkin tak tahu yang si B akan melepak sekali.Tiba-tiba mereka bertemu,berkenalan,si A tahu si B adalah tuan blog yang dia benci setelah si B ni memperkenalkan diri dan nama blog masing-masing.

Depan-depan bajet baik,bermesra,tapi bila ontheway nak balik rumah,terus maki hamun si B tanpa pengetahuan si B.Lol.Mana ada orang maki bagitau kan?Apasal tak maki hamun depan-depan?Takut?Maksud aku bukan maki depan-depan,tapi cakap dengan baik dan bijaksana.Kan?

Perkara ini mungin terjadi.

Pada anda mungkin pernah?

Halo Halo

Selamat mendatangkan diri ke universiti kepada semua student.Tak kira la kau umur berapa.Tahun berapa,apa yang penting,hormat.Semoga semester baru memberi anda sesuatu pengajaran yang baru.

Special to freshie freshie.HEHE

Saja test update,kasi nampak ikut perkembangan semasa.

Dan supaya orang semua tidak tertanya-tanya,mana author ApekMelayu?

Mana?

Persoalan anda terjawab,kami di sini sihat sejahtera.

Chalo.

Puasa Itu Bukan Sekadar...

Salam. Selamat pagi jugak.

Oleh kerana admin besar tak ada, gua berkuasa sikit. keh3

Even gua berkuasa, tapi gua berpuasa. (baca : show off)

Hari ini dah masuk hari kedua puasa, dan alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur. Lau tidak, gua takkan menulis di sini, dan lu takkan baca entri ni. Yes! Syukur.

Lagi satu, takdir yang baca lu datang sini. Kalau tidak mesti lu tak sampai sini. So, syukur. *sengih sinis*

Puasa. Wajib di bulan Ramadhan. Rukun Islam ke 3.

Tapi..

Berapa ramai yang benar-benar memahami maksud sebenar erti puasa itu?

Kebanyakan orang, puasa ini hanya setakat tahan lapar dan dahaga, ye dak? Oh my, you're so wrong dear. Very wrong indeed, it's absolutely not just that.

Dah dah, taknak speaking. Kang ada yang kondem gua, MUET belum amik nak speaking pulak, dapat sepaking baru tahu. Grrr..

Puasa, ramai yang cuma dapat sekadar lapar dan dahaga. Puasa kering orang kata ( baca : gua kata)

Kenapa?

Sebab masa puasa lu orang semua masih buat benda yang menghilangkan keberkatan bulan Ramadhan (terasa). Contoh?

Mengumpat, pandang atas pandang bawah, jadi buah nangka, tunjuk Bukit Lembah Beringin, merokok dan macam-macam lagi perkara negatif yang lu orang biasa buat dan tak payah gua nak kasi sengat sangat.

11 bulan syaitan (baca : setan) berusaha menggoda dan menyesatkan kita, hanya sebulan dia tak ada bersama. Well, sudah pasti susah untuk meninggalkan semua itu. Yes! Memang susah. Gua sendiri akui.

Gua sendiri bukan alim ulama, ustaz instant (mungkin). Tapi gua tahu beza baik dan buruk, apa yang perlu buat dan apa yang perlu tinggal.

Paling kurang, lu orang berubah masa bulan Ramadhan ni. Gua bukan nak kata lu hipokrit, tapi at least, menghormati bulan Ramadhan. Lepas tu lu nak jadi macam biasa balik pon boleh, gua tak kisah.

Kubur lain-lain, tapi gua dah ingatkan. Tapi istiqamah itu lebih bagus. Tak salah berubah ke arah kebaikan. Disukai lagi la.

Lagi pon, lau lu bimbang orang duk kritik lu hipokrit bila bulan puasa lu baru nak insaf ke hape, lu jangan risau. Lu ada gua jadi backup lu. Lu cakap sama diorang camni,

"At least gua ada inisiatif untuk berubah, lu ado?"

Pergh! Konpem gua rase diorang pasti terdiam paling kurang, paling teruk balik rumah nangis ngadu kat mak, keh3

Apa-apa pon, gua gembira tengok ramai member yang dah makin berubah sempena bulan Ramadhan al-Murtabak Mubarak ini.

Teruskan usaha, gua sokong lu bhai. Gua ado pangkat Sarjan, bukan sembarangan sarjan ni.

Gua Sergeant Keroro ( ok, promo kejap)

Dah dah, sebelum gua melalut lagi, baik gua berhenti.

Selamat berpuasa, ciaossu!!

Media SoSial

Hallo anydoby, anyone here??

Oleh kerana gua budak baru kat sini, gua gian nak menulis. Tapi beware, ini blog bukan blog biasa, ini luar biasa punya! keh3

Gua dah lama tensen dengan media so-sial ni. Oh my, jangan serang dulu. Baca apa gua nak cakap.

Korang perasan tak media so-sial ni banyak tipu helah. Oh my, macam-macam lah. Cerita yang kecik dihebah hebohkan, last-last hancus semua plan orang.

Kes terbaru, Apek @ Khairul Fahmi Che Mat. Gua heran, ramai sangat yang sebar gosip liar pasal ada orang ketiga dalam hubungan dia dengan Elia Si Jejari Runcing.

Now what, diorang dah putus tunang. Ehem ehem, mana-mana boleh masuk line ye, Apek single tu. Woot woot.

Disebabkan satu pergaduhan kecik, satu Malaysia dah tahu. Last-last, apa pon tak boleh. Putus camtu, itu baru dugaan yang sedikit.

Sebab apa boleh jadi camtu?

Sebab media so-sial seperti FB, Twitter dan sebagainya. Oh my, gua tak cakap ini salah benda tu wujud. Banyak bagusnya, tapi banyak jugak tak bagusnya. Apa yang tak bagus? Salah guna.

Yes, salah guna. Gua pasti korang selalu duk mengadu dekat FB ke, Twitter ke kalau lu orang ada masalah.

"benci lah, hati aku sakit tengok dia dengan orang lain"

"aku sedih, dia curang"

"aku nak mati, aku tak boleh hidup tanpa dia"

"baby, bie rindu kat baby. sampai hati baby tinggalkan bie"

Kemon ( baca : come on) guys! FB bukan tuhan tempat ko nak mengadu. Sebab ko silap guna teknologi, media sosial dah jadi media so-sial. Yes!

Lu lupa pada Yang Satu, lu masa senang sibuk tinggal Dia, masa sedih baru lu nak cari Dia?

"Ya Allah, aku sedih bf aku curang.Kenapa ini terjadi?"

Oh my, masa ni tahu nak mengadu ye? Masa senang, ada tak terdetik,

"Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau telah memberikan aku seorang lelaki yang baik"

Mostly (tak semua tau, kebanyakan) memang tak terdetik. Apa yang korang fikir,

"Bahagia nya aku dapat lelaki camni. Dah la hensem, sweet, romantik gitu"

Pffffttt, lelaki yang tak hensem tapi romantik macam aku camne lak? Ehem ehem, i'm taken okai. *sengih*

Dah dah, gua dah melalut ni. Back to the topic please!

Media so-sial ni, bagi gua memang bagus, kalau tak disalahgunakan.

Apa pendapat lu orang?

p/s : gua budak baru menulis, kalau salah tolong tegur. keh3

Awek Dulu vs Awek Sekarang




Lu orang setuju tak awek sekarang lagi demanding dari awek dulu??

Oh ye, gua budak baru kat sini. Selamat berkenalan, keh3

p/s : lu kenal kan gua sapa?

Puasa?

Setelah sekian lama apek diamkan diri,kali ni apek mahu ucapkan selamat berpuasa kepada semua.

Apek pun puasa maaa...tapi sengat tetap sengat kan?

Tapi lagi,ada batas.

Sekian.

ApekMelayu kembali menyengat.

Bencinta

Tak salah lu nak benci orang tu dan tak salah lu nak cinta orang tu.Tapi disebabkan manusia ni ada perasaan sedih dan terasa,kita selalu cepat mengalah dengan ejekan orang.Macam gua jugak selalu kena ejek rambut besar,padahal memang trend gua macam tu,tapi gua sekadar masuk telinga kanan 5minit,lepas tu keluar.Bukan Touch&Go.

Bila ada yang membenci kita,kita rasa macam dunia ni nak runtuh,macam ada sesuatu beban kat leher ni.Tapi itu semua sekejap je,tak lama.Orang nak benci lama wat ape,dia pun akan lupa dengan kebenciannya pada kita.Macam kes Daudsu,tak lama tu,kejap je orang cite pasal dia sumbat gol sendiri.Seminggu dua senyap la.

Seorang yang benci lu,makin bertambah haters lu.Kan?Ini disebabkan oleh nila yang setitik yang dapat merosakkan susu satu belanga.Seorang haters memulakan gosip untuk menghancurkan hidup orang lain.Mula meracun seorang demi seorang.Tetapi dia tidak sedar bahawa rakan-rakannya tersebut mula memandang serong pada sikapnya.

Dia juga tak sedar yang orang yang dia benci itu kemudiannya hanya sekadar tersenyum dengan laungan salakan anjing wolf wolf nya itu.Salakan yang sekadar boleh didengari sejauh 500meter saja.Tak boleh pergi jauh.

So kepada yang dibenci,kuatkan semangat lu dan jangan peduli dengan laungan anjing tersebut.Lu tahu kan,kalau dia benci lu sepuluh kali,gua sayang lu sepuluh ratus ribu kali billion.Bukan cintaku seratus percent.Dan gua juga boleh meracun orang lain supaya mencintai anda.Kan?So,usah pedulikan kata mereka.

p/s:Ok sory gua terpaksa berlagak skema dengan ayat-ayat di atas.Haram J.

Tipu

Aku rasa drama-drama melayu kat televisyen itu semuanya tipu dan takde yang betul pun.Contoh,kalau dalam drama cerita pasal budak-budak universiti,ada yang pakai lawa gile babi seksi nak mati.Tapi hakikatnya,tak penah pun aku nampak kat universiti aku,mungkin IPTS je kot?

Lagi,cerita pasal mak tiri yang kuat buli anak tiri.Aku rasa mak mak tiri yang aku jumpa kat alam semesta ni tak penah pun macam tu.Bak kata Daim,orang yang selalu buli orang yang lemah,dulu kat rumah selalu kena buli.Adakah mak tiri dulu kena buli dengan suami lama?Suami hardcore sangat/

Lagi,pasal romantik gila babi seorang mamat tu dalam drama.Aku rasa tak dela wujud seperfect macam tu.Mungkin sikit-sikit boleh la.Kan?Macam fenomena SethTan.

Kau tak rasa macam tu?

Isi Hati Si Penjenayah

Aku jugak pernah merasa isi hati penjenayah,tetapi ia sekadar di dalam mimpi.Ok ini merupakan sambungan entry lepas.Entry yang menceritakan kenapa si penjenayah membunuh kesemua ahli keluarga mereka.Oh haritu aku ada mimpi.Satu mimpi yang membuatkan aku stress,bukan aku stress tapi sekadar stress dalam mimpi.Apa yang kau nak tapi tak dapat,walhal itu hak kau.

Mimpi bermula apabila aku membawa kereta berjalan-jalan,tiba-tiba aku bertemu abang aku di tepi jalan.Aku tumpangkan dia balik ke rumah.Sebelum ke rumah,kami pergi ke rumah membe dia,sesampai di sana.Dia tidak semena-mena ambil kuci kereta.Pastu marah-marah aku,dan membe-membe dia semua mengejek aku.Aku terdesak nak balik,merayu-rayu mintak kunci tapi tidak diendahkan.

Dan ada sampai satu tahap aku merayu kat bapak aku suruh ambil kunci dari abang aku,bapak aku tidak hiraukan aku,juga berlaku pada mak aku.

Dan ada lagi satu tahap,bila aku mintak kunci dari abang aku,tiba-tiba dia tunjuk pisau dekat aku,sambil mengasah-asah.
Masa mimpi itu,aku berasa sungguh stress.Aku dapat rasa,mungkin penjenayah yang membunuh ahli keluarga mereka tertekan.Dan apabila abang atau mana-mana ahli keluarga si penjenayah mengacukan pisau,terdetik di hati mahu membunuh mereka semua.Yela,orang dah stress,macam-macam boleh jadi.Fikiran sudah tidak waras kerana tertekan dengan situasi.

Tertekan yang amat sangat,ada faham?Kalau yang biasa-biasa mungkin boleh waras lagi kan?Mungkin begitu perasaan penjenayah tersebut.

So,itulah apa yang aku mimpikan.Ia seperti berlaku benar.Dan setelah bangun,aku mengucap panjang.Risau.

Mungkin ini akibat tido lepas Asar.Tertido.Maaf.

Tskk!


Kenapa Ini Semua Terjadi..ZZZ

Whatadaymare! Baru aku tahu bagaimana perasaan penjenayah yang membunuh kesemua ahli keluarga dia.

IBUNDA ditolak, ditelan zaman

"may i take your order, sir,"

korang sume mesti penah dengar kn kalo mkn kt restoran, pejadah nye die ckp omputih nie. maybe da protokol die cmtuh kn. xleh la kite nk salah kn die.

"hai, selamat datang. makan sini atau take away,"

ha, ni nmpk molek sket kan die amek pesanan. tp asal lak ade terselit bahase omputih ni. bnd2 cmni korang slalu la dga kt restoran segera kn mcm KFC, McDonald atau sebagainya la.

tp bkn ni motif aku nk cite. aku nk sampaikan ketidakpuasan aku. aku tau la skang ni da zaman moden. zaman teknologi. tp jgn la sampai bahasa sendiri nk diperbodohkan. nk dihina. aku memg cukup marah tentang perkara cmni. darah kemelayuan aku masih mendidih dlm diri aku dga tentang bnd cmni.

aku ade sembang ngn membe aku yg study kt oversea. bkn lame mane pon pegi sane. baru je masok sne da berlagak jd rakyat sne. adoi!!

aku sembang ngn die. leh lak die tibai kecek omputih ngn aku. aku nk bersembang ngn die pon jd cm segan2. yela, aku ni bkn nye pandai mane nk balas balik ckp omputih. jd aku pon tanye la die,

"ko xleh ke smbang ngn aku ckp melayu"
die bls ckp omputih,tp aku translate la jd melayu,
"aku da lame tgglkn malaysia, nk ckp melayu pon da janggal, nmpk bodoh lak kalo aku ckp nati"

tgk ayat die tuh, bodo ape die ckp cmtuh, mcm la xbalik2 da kt malaysia kn.
korang sume mesti igt kn SHARIFAH AMANI mse kt ABPBH kali keberape nta yg die kecek omputih, then ade lah yg die ckp jd kontroversi. aku da la peminat die. tp die ckp cmtu aku memg xleh trime la.

mat saleh dtg malaysia pon bangga kecek kelantan tau. bdk kecik yg duk German pon boleh nyanyi lagu KEBANGSAAN ngn megahnye.

dey macha, apek pon fasih la ckp melayu sebab tuh la pggl APEKMELAYU.
adoi,aku bkn nk kondem org ckp omputih ke ape. aku sendiri pon ade gak speaking, rojak kan bahase kite. tp xde la nk mengutuk bahasa sendiri.

aku paling respect org jepun, sbb dorg sanggup pertahankan bahasa dorg. kalo nk dtg negara Jepun, kne blaja bahase Jepun baru leh org jepun layan. setakat speaking ni dowg pon bt dek je la.

aku minta maaf kalo ade terase. aku cume nk pertahankan je jgn nk kutuk lebih. aku memg hormat org yg berilmu ni.korg yg pandai speaking ni memg kool. aku pon slalu tertarik tgk blog korg yg speaking. korg memg cool.




p/s:SK dan ceritalebat, gua tau lu orang terer speakin, tp jgn nk bajet ngn gua, kang gua luku masing2.

Newbie

Tadi aku cerita pasal otai,sekarang aku cerita pasal newbie.
Newbie?Budak baru yang bajet tahu semua pasal blog,itu noob newbie.

Patutnya,pelan-pelan kayuh,jangan suka hati hentam orang,lagi-lagi hentam otai,cakap otai suka hentam budak baru.
Otai hentam supaya ko beringat,ni melenting pulak.

Kalau taknak kena hentam,ko berenti terus berblog.

Otai

Semalam kat satu laman sooooo sial,ada la budak-budak terencat membincangkan pasal blogger otai.Otai dalam erti kata lain,orang lama,legend,macam Hang Tuah.Kiranya orang yang hebat.Tak kisah hebat dalam mana-mana hal.

Hebat dalam hal loji tahi pun aku gelar otai jugak.

Blogger otai pulak,seorang yang hebat berkarya.Tapi dalam dunia blog ni,ada juga orang yang karya tak hebat,tapi pandai pikat orang datang kat dia.Itu taktik lain untuk menjadi abang-abang.
Tapi tak macam AlexiaAqram,admin LensaRosak,aku amat menyanjungi dia,tapi aku masih waras dan tidak mengagungkan dia seperti Ayah pin.
Dia juga ada blog Terfaktab,ramai awek gilakan dia juga.Jangan tak percaya.

Tapi dalam entry ni aku nak kisahkan tentang budak-budak blogger yang agak baru la jugak,dah tahu baru tu,hormat la orang lama.Sape cakap budak baru dan otai takde beza?
Bezanya terletak pada entry nya.

Dan masa diskusi semalam dekat kakiblogger,aku tengok ramai jugak yang membenci blogger otai,dan aku tertarik dengan pelbagai komen,so aku listkan sedikit kat dalam ni.Sikit je..

  • Dia cakap yang blogger otai dalam blog ruang iklan banyak sangat.Tamak.
Aku nak ulas sikit,blogger lama bermakna dia dah lama berkecimpung dalam dunia blog.Dah ada blog 4-5 tahun yang lalu.Tapi medium iklan baru keluar sejak 2007,so apa lagi,blogger lama yang sudah ramai pengikut,mahu mencari rezeki jugak.Ko jangan la nak putuskan rezeki blogger otai weh.Simpan jela hasad dengki ko tu.Satu aku nak cakap,blog ko pun ada iklan tapi tak banyak,sebab ape?Sebab ko budak baru,dan mana ada syarikat nak tayang iklan banyak-banyak kat blog baru.So,nak iklan banyak ko perlu otaikan diri ko.
Dah tahu blog sendiri cam gampang,nak gampangkan blog orang lain pulak.

  • Dia cakap semakin otai semakin poyo.
Apa yang poyo nya?Biasa la,perkara biasa kena hentam dengan blogger otai.Kena hentam sebab banyak blogger baru ni berblog sebab duit."Ape?Berblog boleh buat duit?Lepas ni aku pun nak buat blog jugak la...teehee.."Macam tu lebih kurang dialog orang yang teruja nak berblog.Sebab tu aku ada buat entry Blogger Tumbuh Macam Taik
Kena hentam,marah,tapi taknak perbaiki diri sendiri,pastu marah si penghentam.Sebelum nak marah si penghentam,ko patut baca asal-usul dia dulu.Baru boleh hentam,kalau ko kena hentam balik,padan muka.

Aku takut korang malas nak baca panjang-panjang,so aku pendekkan.Mungkin lain kali aku tulis lagi pasal ni.
Blogger newbie?Takde istilah tu,cuma blogger-baru-belajar je.Kalau kena hentam,ko relax jela,perbaiki diri.Jangan ko pergi tandas menangis teresak-esak,cam gampang.Jangan terus putus asa nak berenti berblog,CHILDISH.


CIBAI.BLOG AKU MEMANG GAMPANG,ADE AKU KISAH?

Tanya Sama Hati

"tanya sama pokok apa sebab goyang,nanti jawab pokok awek yang goncang"

(sembangkemas,2011)

SISTEM BUDAK MELAYU ALAF INI




Sekarang sistem ni masih dalam proses percubaan. ..hehehe..

p/s: jangan nak samakan sistem ni dengan sistem pembesar berempat pulak..Gua lempang karang

Transformasi

Ya,aku memang sudah beralih ke dunia baru,memandangkan blog ini masih baru,dan memerlukan beberapa suntikan dari penulis-penulis yang lebih hebat dari aku.Mungkin dulu dekat blog SembangKemas aku seperti seorang penulis yang berjiwa 'hipokrit'.Tapi di sini,aku takkan hipokrit,segala luahan aku terhadap dunia dan isu semasa akan aku luahkan dengan kaedah yang lebih bersifat menyerang ataupun offensive.

Tapi aku takkan mengakibatkan dunia ini kiamat okey.

Bersifat menyerang,bukan bererti aku pergi blog engkau dan aku kutuk blog engkau.Tetapi aku hanya memberi pendapat secara menyeluruh.

So,untuk memajukan lagi blog ini,aku telah menjemput seorang lagi rakan blogger aku,CeritaLebat.

Semoga anda semua akan terhibur di sini.

Mungkin aku akan ajak ramai lagi.Tunggu jelah ye.

Apsal awek Cun punya blog yang disukai?

Aku hairan dan pelik,kenapakah terjadi hal seperti ini?Aku tak nafikan yang semua orang termasuk perempuan,suka tengok benda comel dan cantik.

Tapi dalam bidang penulisan,seharusnya perkara macam ni tak perlu berlaku.Ko tengok,blog awek cun yang ntahapeape,disukai dan dilawati setiap masa.Jap,aku bukan dengki,ini telah menimbulkan satu persoalan yang terbuku kat kepala otak aku.
Kenapa harus awek cun?Kenapa tidak kepada entry cun?Aku tengok,ramai penulis berbakat kat dalam blog,tapi kenapa awek cun jugak yang korang pilih,dah la entry macam taik.No offense weh.

Ko tengok jugak,bukan setakat dalam dunia blog,malah dunia hiburan,contohnya AF la yang aku benci sangat.
AF kan guna sistem ketik jari sepuluh ketik 20 ketik 50,orang undi dan orang pilih bukan karena bakat,tapi orang pandang muka dulu,nyanyi tak sedap lantak la janji muka cantik.

Jap,aku nak tanya,ape ko dapat kalau undi awek cun tu menang?Ko boleh dapat tiduri dia satu malam ke?

Tak kan?Jadi ko jugak adalah salah seorang yang membantu men"sumbang"kan karier musik tanah air.

Sama jugak kat blog,ape yang ko dapat hanya cuci mata tengok gambar dia je,bukan dapat pape pun,dosa je bertimbun.

Blog tumbuh macam taik

Kalau dulu,aku tak kenal pun blog pink sana pink sini.Yang aku tau dulu blog ni simple,hitam dan putih.Background putih,tulisan hitam.Semuanya mengenai dunia yang serba serbi silapnya.Politik,kancah dunia,dan idealisme baru.

Tapi bermula tahun 2009 kot start dah bermacam-macam jenis blog,mungkin setiap blog mempunyai genre masing-masing.Genre jambu,genre diary,genre hiburan,genre macam-macam la,aku malas nak list semua,ko tahu maksud letih kan?

Dan bermulanya tahun 2011 pulak,aku dah nampak,blog jenis diary melebihi blog jenis idealisme.Dan kalau dah pasal diary,memang gua nak kaw2 kutuk pasal diary yang menceritakan harini keluar dengan pakwe A,esok dengan pakwe B dan tulat keluar dengan pakwe C.Ko tahu maksud taik kan?Macam tula.

Zaman sekarang punya blog dah tak banyak informasi.Kalau pasal diary yang menceritakan tentang sesuatu kejadian yang memberi pengajaran,orang kata apa,pengalaman memberi pengajaran.Itu aku boleh terima lagi. Kaedah bercerita sebenarnya satu hiburan.Mungkin aku kadang-kadang boleh tenangkan fikiran pergi sana.

Juga banyak blog yang berbaur taik.Membosankan,ko pikir jela sendiri maksud aku tuh.

Pengelike Tegar

Dekat facebook,banyak langsi-langsi tak guna,sekadar pandai like tapi sebenarnya dia tidak pernah pun masuk ke blog ko,selalu macam tu.

Dan kita yang tersenyum ghairah dan berfikir "oh ada orang baca blog aku dan like!"

Jangan gembira dulu,padahal dia bukan masuk pun blog ko..sekadar bayangan dia untuk mengumpan ko datang ke blog dia pulak.

dan

ko akan berfikir sekali lagi "Eh dia datang blog ite laaa,ape kata ite datang blog dia pulak"

=.="

Ko akan pergi ke blog dia,kasi traffic sikit,padahal dia tak sumbang ape-ape pun kat blog ko.Ingat,kalau tak cukup 1sen,tak cukup RM999.99 jadi RM1000.

Dan golongan ini aku akan gelar "like" spammer.
Kalau LensaRosak dah gelar budak-budak ni pelacurblogger,memang pelacur.

p/s:tapi tak semua yang like and blah kan?ada jugak yang read and like.

Apek Melayu

Ko kenal SK?hah,tak kenal takpe sebab dia bukannya femes sangat pun.
Bagi yang kenal SK barangkali ko akan kenal aku jugak.
Ini blog ke-2 aku,dalam blog ni aku nak bahasakan 'aku' dan bukan 'gua'.
kadang-kadang ada yang terasa bila aku berbahasa 'gua'.
kata orang,nampak macam budak jahat yang langsi.
aku tak kisah.
sebab aku memang jahat.
peduli ape orang kata.

Blog ke-2 aku bagi nama ApekMelayu,
sebab di sini aku akan lebih offensive.
Dan
Mungkin lebih ganas.
Ibarat Kongsi gelap dan Perkida.

Tiada unsur perkauman.
Cuma nama aku petik dari diri aku sendiri.
Seorang apek yang muka melayu.
Atau melayu muka macam apek,
Ataupun aku apek Islam.

Bukan aku nak cerita apek ni bergaduh dengan melayu ni.
Itu terlalu sensitif.
Mungkin aku kena pancung nanti.
Ok.
Tunggu jelah penulisan aku di sini,mungkin berbeza dengan gaya penulisan di SK.

JALAN.